Pengenalan :: Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Sikamat

Pengenalan:
Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Sikamat

Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Sikamat bermula pada tahun 2001. Lokasi sekolah ini hanya 5 kilometer dari Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) dan 8 kilometer dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ( JPNS ) serta dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Sikamat telah ditubuhkan pada tahun 2008 sehingga kini dengan kekuatan 9 orang tenaga pengajar termasuk 1 orang Guru Penolong Kanan PPKI dan 3 orang pembantu pengurusan murid ( PPM ). Kelas PPKI SK. Sikamat ini terletak didalam bangunan yang sama dengan kelas arus perdana ditingkat bawah dan telah dinaik tarafkan pada tahun 2009.

Tuesday 11 March 2014

Lawatan Ke Rembau Crystal dan Terapi Air di Wetworld Pedas (5 Mac 2014)

Lawatan ke Rembau Crystal telah diadakan pada 5 Mac 2014 yang lalu. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan baharu dapat ditimba oleh murid dan guru-guru PPKI SK Sikamat. Sesampainya kami di Rembau Crystal, kami disambut mesra oleh beberapa pegawai bertugas yang bertanggungjawab memberikan penerangan dan demonstrasi proses pembuatan produk kristal. Kami dibawa ke beberapa lokasi dan diberi taklimat ringkas berkaitan bahan, proses dan hasil akhir produk yang telah siap.

Bengkel membuat produk kristal

Penerangan daripada wakil Rembau Crystal

Guru dan murid tekun mendengar penerangan
Tenaga Pengajar di Rembau Crystal

Hasil bunga kristal

Guru Besar dan GPK HEM yang turut serta dalam program juga berminat dengan reka bentuk kristal

Bahan mentah pasir kristal yang belum diproses

Proses membakar pasir kristal

Produk kristal yang terdapat di Rembau Crystal

 Barisan guru yang terlibat

Penyampaian cenderamata kepada wakil pihak Rembau Crystal



Setelah mengumpul maklumat berkaitan kristal, aktiviti disambung dengan aktiviti terapi air di Wet World Resort & Air Panas, Pedas. Beberapa aktiviti air telah diatur, antaranya adalah Pertandingan Larian Dalam Air, Pertandingan Bola Tampar Air dan aktiviti bebas (dengan kawalan guru). Semua murid yang terlibat begitu seronok dengan aktiviti yang dijalankan.







Gambar kenangan di Wet World Resort & Air Panas, Pedas













Saturday 28 December 2013

Carta Organisasi PPKI SK Sikamat 2014

CARTA ORGANISASI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI PPKI

SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT


PN. NADIAH CHIN BT ABDULLAH
GURU BESAR SK.SIKAMAT

EN. NEEZRI B AROF
GPK PENTADBIRAN 

PN. SALMIAH BT NORDIN
GPK HAL EHWAL MURID 


EN. MOHD FAIZAL B ZAINAL
GPK KOKURIKULUM


PN. HAMIDAH BT OTHMAN
PENYELIA PETANG


EN. AZMIR B MAJID
GPK PPKI

PN. AZIDA  IZURA BT AZIZOL HASAN
PENYELARAS PPKI


PN FADZILLAH MA’ARIS
SETIAUSAHA


PN. FARAH ASHIKIN BT KADRI
BENDAHARI @ KEBAJIKAN


CIK NORHASLIZA BT ABD RAZAK
KO- AKADEMIK

CIK SITI ZALEHA BT  ZULKIFLI
PUBLISITI & TAJAAN


PN SITI KHATIJAH ABU BAKAR
LEARNING SKILL (PLBD)


PN. ELNARATI BT MD ILYAS
INFORMASI


PN. HAMIZAH  ABDUL HAMID
GURU DATA


PN NORSHAMSU YUSUF
PPM

PN JULIENAWATI MOHD DIN
PPM

PN SURIATI NOSLI
PPM

















2013 :: Kenangan yang tidak akan dilupakan...

Pada tahun 2013, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sebagai aktiviti pembelajaran luar bilik darjah murid-murid berkeperluan khas di SK Sikamat.

Lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah











Aktiviti Terapi Pasir di Port Dickson, Negeri Sembilan












Lawatan ke Muzium Tentera Port Dickson






Hari Keluarga PPKI SK Sikamat di HR Resort, Negeri Sembilan.


Pertandingan Boling PPKI SK Sikamat di Seremban Parade.