Pengenalan :: Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Sikamat

Pengenalan:
Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Sikamat

Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Sikamat bermula pada tahun 2001. Lokasi sekolah ini hanya 5 kilometer dari Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) dan 8 kilometer dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ( JPNS ) serta dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Sikamat telah ditubuhkan pada tahun 2008 sehingga kini dengan kekuatan 9 orang tenaga pengajar termasuk 1 orang Guru Penolong Kanan PPKI dan 3 orang pembantu pengurusan murid ( PPM ). Kelas PPKI SK. Sikamat ini terletak didalam bangunan yang sama dengan kelas arus perdana ditingkat bawah dan telah dinaik tarafkan pada tahun 2009.

Tuesday 11 March 2014

Lawatan Ke Rembau Crystal dan Terapi Air di Wetworld Pedas (5 Mac 2014)

Lawatan ke Rembau Crystal telah diadakan pada 5 Mac 2014 yang lalu. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan baharu dapat ditimba oleh murid dan guru-guru PPKI SK Sikamat. Sesampainya kami di Rembau Crystal, kami disambut mesra oleh beberapa pegawai bertugas yang bertanggungjawab memberikan penerangan dan demonstrasi proses pembuatan produk kristal. Kami dibawa ke beberapa lokasi dan diberi taklimat ringkas berkaitan bahan, proses dan hasil akhir produk yang telah siap.

Bengkel membuat produk kristal

Penerangan daripada wakil Rembau Crystal

Guru dan murid tekun mendengar penerangan
Tenaga Pengajar di Rembau Crystal

Hasil bunga kristal

Guru Besar dan GPK HEM yang turut serta dalam program juga berminat dengan reka bentuk kristal

Bahan mentah pasir kristal yang belum diproses

Proses membakar pasir kristal

Produk kristal yang terdapat di Rembau Crystal

 Barisan guru yang terlibat

Penyampaian cenderamata kepada wakil pihak Rembau Crystal



Setelah mengumpul maklumat berkaitan kristal, aktiviti disambung dengan aktiviti terapi air di Wet World Resort & Air Panas, Pedas. Beberapa aktiviti air telah diatur, antaranya adalah Pertandingan Larian Dalam Air, Pertandingan Bola Tampar Air dan aktiviti bebas (dengan kawalan guru). Semua murid yang terlibat begitu seronok dengan aktiviti yang dijalankan.







Gambar kenangan di Wet World Resort & Air Panas, Pedas